Pages

Sunday, June 13, 2010

awak nak tau kenapa saya nak kurus? (korang camna?)

ni adalah sajak yg aku terbaca kat fb.. macam best la plak... so i pun copy and paste ler..hehe... enjoy!!!

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab Allah kata, lelaki perempuan saling melengkapi.
tapi, kalau tengok awak dengan saya, sangat jauh beza.
awak kurus, saya besar.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya tak nak orang mengata awak.
dorang kata, awak cantik, mesti la padan dengan yang hensem
tapi awak tak nak cari lain, sebab awak tau, saya la si hensem tu.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab awak suka buli saya, hehe.
selalu ajak saya makan, tapi saya kena bayar.
tapi awak tau la, saya kena bayar semua sebab saya paling banyak makan.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya tak nak orang kata awak adik saya.
saya nak orang kata, ha! tu awex .......
kan matching gitu!

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya nak buktikan pada orang-orang yang pernah reject saya,
aku kurus bukan sebab korang,
tapi sebab awex aku nih, mesti awak bangga kan?

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya nak sangat kata kat orang-orang yang kutuk saya,
awex aku sayang aku lebih sebab sekarang aku dah kurus,
bukan macam korang, sekarang hensem, pas kahwin nanti? wallahu'alam.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya nak lari dari awak.
awak pun kena kejar saya.
baru la romantik sikit.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab waktu bersanding nanti,
saya nak orang kata,
kita sama cantik, sama padan; macam pinang dibelah dua.

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab saya sedih orang kata awak kapel dengan orang gemuk,
macam 'hare' je.
patut ke dorang wat camtu kat awak?

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab Allah kata,
Dia lebih suka orang beriman yang kuat berbanding si lemah.
kalau Allah kata macam tu, awak mesti setuju kan?

YANG PALING PENTING SEKALI,

awak nak tau kenapa saya nak kurus?
sebab kalau kita pergi syurga,
saya nak awak tengok saya sebagai diri saya,
bukan sebagai orang gemuk yang dikuruskan Allah.

No comments:

Post a Comment